Punca rampasan kuasa Rampasan_kuasa_di_Thailand_2006

Jeneral Sonthi Boonyaratglin mulanya enggan melakukan kudeta walaupun beberapa kali didesak pelbagai pihal. Banyak pihak menuding kepada tentera bagi menyelesaikan masalah politik yang kian tidak menentu di bawah parti Thai Rak Thai pimpinan Thaksin Shinawatra.

Jika darurat diisytiharkan pastinya ekonomi dan politik Thailand yang hendak stabil akan kembali kepada era 1970-an.

Namun pilihan raya umum pada 2 April 2006 dibatalkan keputusannya menyebabkan tentera semakin dipersalahkan. Tentera sepatutnya bertanggungjawab menstabilkan kembali politik rakyat marhaen. Parti-parti pembangkang memboikot pilihan raya ini.

Tambahan pula Thaksin telah memalukan istana iaitu Raja Bhumibol Adulyadej. Dalam beberapa majlis , Thaksin tidak mengutamakan Raja Bhumipol. Sebaliknya Thaksin mengutamakan ketua-ketua negara asing. Thaksin juga tidak menghadiri majlis yang dihadiri oleh Raja Bhumipol.

Raja Bhumipol cuba meredakan hubungan yang runcing di selatan antara penduduk Islam dengan penganut Buddha. Namun Thaksin semakin keras dengan penganut Islam dan mengecap mereka sebagai pengganas. Guru-guru beragama Buddha yang mengajar di selatan Thailand dibekalkan dengan senjata api. Ketua-ketua kampung turut diberi latihan menembak dan mengunakan senjata api. Tindakan ini seakan-akan mahu melaga-lagakan sesama penduduk. Daerah Yala, Narathiwat dan Pattani banyak mempunyai sekolah rendah aliran agama yang dikatakan melahirkan golongan pelampau yang mahu merdeka dari Thailand.

Raja Bhumipol yang disanjung oleh orang Islam tidak lagi berfungsi sebagai pelindung sebaliknya sebagai ketua agama Buddha yang harus dimusuhi. Faktor inilah yang amat memalukan dan menyulitkan pihak istana. Raja Bhumipol dan Puteri Sirikit tidak lagi dapat melawat selatan Thailand dengan selamat dan bebas sebagaimana situasi terdahulu.

Berkaitan